Assalamualaikum wbt...

Assalamualaikum wbt...andai aku salah,tegurlah dan betulkan silapku..andai aku tiada lagi,ingatlah aku dan doakanlah aku... terima kasih

Sunday 21 August 2011

Tahukah anda? : Khasiat Buah Durian Merah


Pernah tengok tak buah durian yang isinya berwarna merah? Mesti ramai yang tak pernah tengok sebelum ni kan? Sumber dari Blog ( www.heitonkbuah.blogspot.com ). Spesies durian ini boleh didapati di Sabah, Malaysia. Warga Kadazandusun di sana sering menyebutnya sebagai sukang atau tabelak. Tak hanya itu, spesies yang hanya tumbuh di hutan Sabah ini juga dikenal dengan sebutan 'durian hutan'. (The Stars, Isnin ,28/9/2009).

Menteri Kebudayaan dan Perlancongan Sabah, YB Datuk Masidi Manjum mengaku tidak mengetahui warganya ada yang mengembangbiakkan buah yang bernama latin Durio gravolens ini.

Dibandingkan dengan durian biasa pada umumnya, kulit durian sukang lebih nipis dan kering. Durinya panjang dan tajam. Namun rasanya tidak jauh berbeza. Beberapa orang menyatakan rasa durian sukang lebih sedap.

Ketertarikan pada durian Sukang memang pada warna merahnya. Harganya pun lebih murah dari durian pada umumnya, iaitu sekitar RM 2-3 pada musimnya.

Informasi yang beredar, durian merah juga ada di Indonesia iaitu di Kalimantan Timur, perbatasan dengan Malaysia. Durian ini bisa disebut durian Lai